Pages


Assalamualaikum W.B.T.

Kesihatan adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap insan. Sebagai seorang usahawan, kesihatan diri sangat penting bagi kelancaran operasi perniagaan. Kesihatan diri boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kesihatan fizikal dan kesihatan mental.

Sebagai seorang usahawan perlu menjaga kesihatan supaya proses gerak kerja dapat berjalan dengan lancar dan dalam keadaan momentum yang berterusan. Jangan biarkan fizikal letih dan tidak bermaya. Luangkan masa untuk bersukan dan mengambil makanan tambahan seperti vitamin.

Kesihatan metal juga perlu diambilkira kerana ia berkait rapat dengan emosi. Untuk dapat dapatkan aura kesihatan juga perlu kita mengetahui cara-cara untuk mengawal stres yang melampau. Elakkan diri dari terus berfikir tentang masalah yang merumitkan. Fokus dan berfikit kepada perkara yang positif.

InsyaAllah sekiranya kita menjaga kedua-dua aspek kesihatan diatas, kerja kita akan berjalan lancar dan matlamat kita akan tercapai.