Pages


10 Makanan Sihat Untuk Kesihatan Anda


Pemakanan yang sihat akan menjamin kesihatan fizikal yang baik. Namun, tiada makanan yang satu-satunya pengambilannya akan membuatkan anda seratus peratus sihat. Semestinya tidak. Malah, setiap hari anda memerlukan pelbagai jenis makanan daripada kumpulan makanan yang berbeza untuk memastikan anda sihat. Selain itu, anda juga perlu menjaga jumlah pengambilan makanan yang diambil untuk mengelakkan pengambilan makanan berlebihan. Jadikan masa makan anda menyeronokkan dan menenangkan, maka makanan sihat yang anda makan akan bekerja secara efisien dengan emosi yang sihat untuk memberikan anda tubuh badan yang sihat.


1. Buah beri

Anda mungkin menyukai semua jenis buah beri yang ada ataupun hanya dua atau tiga jenis. Sebenarnya, anda boleh menjadikan buah beri sebagai snek tenaga atau menjadikannya sebuah minuman ‘smoothie’ yang sihat serta penuh dengan kalori. Buah beri bukan sahaja kaya dengan vitamin C, tetapi juga kaya dengan nutrien-nutrien lain. Pilih beri biru untuk kadar vitamin C dan antioksida yang tinggi kerana ia membantu menyihatkan kesihatan saluran darah anda. Manakala buah beri gogi pula mungkin kurang dikenali namun ia kaya dengan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan anda untuk kekal sihat secara fizikal.

2. Sitrus

Buah-buahan daripada keluarga sitrus adalah dikenali sebagai pembekal utama vitamin C. Untuk mendapatkan kadar nutrisi yang tinggi, pilih buah-buahan sitrus yang masak penuh serta tumbuh berdekatan dengan pokoknya. Buah-buahan yang masak penuh ketika dipetik serta memerlukan masa yang panjang untuk memetiknya akan memberikan anda kadar nutrisi yang tinggi. Apa kata anda cuba buah bali sebagai sarapan? Anda juga boleh menambahkan sedikit perahan limau sebagai kuah ke dalam salad atau menambahkan hirisan limau dan kelapa dengan sedikit kuah madu sebagai hidangan pencuci mulut.

3. Sayur-sayuran

Kepelbagaian jenis sayur adalah sangat mengagumkan. Kepada orang yang mengamalkan cara pemakanan vegetarian atau vegan, memilih sayur-sayuran sebagai sumber nutrisi yang sihat adalah cara hidup mereka. Sayur-sayuran membekalkan banyak mineral yang diperlukan dalam diet yang sihat. Sebagai contoh, kalium adalah penting untuk kesihatan yang baik. Ramai orang juga mengetahui bahawa kadar kalium yang tinggi boleh ditemui di dalam sebiji pisang. Namun, tahukah anda bahawa anda juga boleh mendapat kadar kalium yang cukup dengan memakan setangkai brokoli? Apa kata anda mencuba salad dengan bayam muda yang segar dan kacang pinus serta digaul dengan keju feta dan sedikit kuah vinegrette untuk sebuah makanan tengahari yang ringan dan sempurna.

4. Bijian gandum

Seperti makanan yang lain, memilih bijian gandum sahaja sebagai makanan lengkap tidak akan membekalkan semua jenis nutrien yang diperlukan oleh badan anda. Jika anda mencampurkan dua atau lebih bijian gandum, ia akan memberikan anda protein yang lengkap. Seperti contoh, hidangan beras perang dan gandum kernel berkuah pedas adalah sejenis hidangan yang terkenal di banyak negara.

5. Ikan salmon

Ikan salmon adalah sejenis ikan air tawar yang merupakan pilihan ikan yang terbaik dari segi nutrisinya. Ini kerana ia kaya dengan minyak Omega-3 yang membantu melancarkan fungsi otak. Salmon yang dimasak penuh dengan kuah lemon atau limau sesuai dijadikan makanan utama atau makanan siang. Ikan salmon selalu digunakan di dalam hidangan makanan laut yang sejuk.

6. Legume/ Kekacang

“Legume” adalah nama am untuk pelbagai jenis buah dengan biji benih tunggal yang kering. Legume juga seringkali dikenali dengan nama “kekacang”. Terdapat banyak contoh legume yang sering kita temui seperti kacang soya, kacang, kacang kering, kacang tanah dan lain-lain lagi. Sifat legume yang kaya dengan zat besi dan serat menjadikannya pilihan utama dalam pengambilan nutrisi yang seimbang. Kacang tanah yang mempunyai banyak khasiat dan kegunaan merupakan sejenis legume atau kekacang yang banyak digunakan dalam beratus-beratus jenis produk makanan dan produk lain.

7. Kacang dan bijian

Banyak kebaikan boleh ditemui di dalam bahan yang kecil seperti kacang. Umum mengetahui, kacang walnut dan kacang pecan kaya dengan bahan nutrisi. Namun jangan dilupa bahawa biji rami juga adalah makanan otak kerana ia mempunyai banyak sumber kritikal yang bukan daging serta kaya dengan minyak Omega-3.

8. Protein seimbang

Kata kuncinya di sini adalah seimbang. Rakyat Amerika mengambil terlalu banyak protein dalam pemakanan mereka berbanding rakyat negara lain. Cuba kurangkan kadar dan saiz protein dalam makanan- 3 ounce protein sudah cukup untuk memberikan kadar protein yang diperlukan untuk sepanjang hari. Selain itu, kurangkan lemak dari sumber protein anda. Sebagai alternatif, cuba gunakan gantian bukan-daging seperti protein lengkap yang ditemui dalam hidangan sayuran seperti kacang dan beras perang.

9. Teh

Bergantung kepada jenis teh yang anda gemari, anda juga sebenarnya boleh mendapatkan tenaga daripada secawan teh hijau, ataupun kesan penenang dari teh chamomile. Untuk menyegarkan hari anda, minumlah teh mint atau mulakan hari anda dengan Earl Grey Breakfast Tea. Selain itu, teh herba juga mempunyai kesan penenang, mempunyai rasa yang sedap dan amat baik untuk kesihatan anda. Manakala teh bukan herba pula membantu anda untuk kekal jaga ketika anda letih dan memerlukan tenaga untuk bekerja.

10. Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah bahan paling sihat yang boleh anda gunakan untuk mengekalkan lemak dalam diet anda. Anda boleh menggunakannya di dalam salad, atau campurkannya dengan sedikit cuka, atau menggoreng makanan lain di dalam minyak zaitun yang panas. Satu perkara yang perlu anda pastikan adalah supaya minyak itu tidak terlalu panas ketika menggoreng supaya minyak zaitun tersebut tidak terasing dari elemennya.