Pages


Nasihat dan Panduan Kesihatan Dari Kacamata Zeti Akhtar


“Makan makanan yang seimbang dan tidur dengan secukupnya”






Itulah jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz apabila ditanyakan bagaimana dia boleh menangani tekanan hebat apabila memegang tampuk jawatan sebagai gabenor Bank Negara. Zeti 63 tahun ibu kepada 2 orang anak sentiasa mengambil banyak sayuran dan buah-buahan dalam diet kehidupan harian beliau.

Menurut beliau, bapanya Professor Diraja Ungku Aziz 89 tahun  banyak mengajar erti pengurusan stress dalam kehidupan. Kita tidak boleh lari daripada menghadapi stress dalam kehidupan tetapi kita boleh menangani keadaan tenat ini dengan cara yang terbaik.

Zeti Akhtar ditemui dalam Forum Kepimpinan Wanita Asia di Kuala Lumpur pada 23 Februari. Wanita ‘besi” ini adalah antara gabenor Bank Pusat yang terbaik di dunia mendedahkan bahawa antara faktor kejayaan lain beliau ialah sentiasa fokus dalam matlamat yang akan dicapai dan sentiasa bermotivasi tinggi untuk memandu kearah itu.

Itu adalah nasihat salah seorang pemimpin wanita tertinggi dalam bidang kewangan negara. Menguruskan kesihatan perlu diambil berat oleh semua lapisan masyarakat kerana ia bersangkut paut dengan prestasi kerja yang kita lakukan. Apabila tubuh badan kita dalam keadaan yang terbaik maka hasil produktiviti yang dikeluarkan tentu dalam kualiti yang terbaik.